Perlaksanaan Penggiliran tanaman

Sistem penggiliran tanaman boleh diperkaya dengan pengaruh amalan lain seperti penambahan haiwan ternakan untuk baja kandang,[12] tanaman selingan atau tanaman berganda. Semua ini adalah perkara yang biasa digunapakai dalam sistem tanaman organik.

Penambahan haiwan ternakan

Pengenalan haiwan ternakan menjadikan penggunaan kritikal tanaman sod dan tanaman penutup bumi paling berkesan; haiwan ternakan (melalui baja kandang) dapat mengagihkan nutrien dalam tanaman ini ke seluruh tanah dan bukannya mengeluarkan nutrien dari ladang melalui penjualan jerami.[8]

Pertanian campuran atau amalan penanaman tanaman dengan keberadaan ternakan boleh membantu menguruskan tanaman secara bergilir-gilir dan mengitar nutrien. Sisa tanaman boleh dijadikan sebagai makanan haiwan, manakala haiwan pula boleh menyediakan baja untuk menambah nutrien tanaman dan di samping membantu proses pembajakan. Semua manfaat dari penambahan haiwan ini menggalakkan kitaran nutrien dalaman dan meminimumkan keperluan untuk baja sintetik dan mesin berskala besar. Selain itu juga, keberadaan lembu, biri-biri dan/atau kambing pada tanaman bergilir ini dapat membekalkan susu dan boleh bertindak sebagai pengganti tanaman kontan semasa dilanda kesusahan ekonomi.[13]

Penanaman selingan

Sistem tanaman berbilang, seperti tanaman selingan atau penanaman regu, menawarkan lebih banyak kepelbagaian dan kerumitan sewaktu musim atau pusingan giliran tanaman yang sama. Contoh bagi penanaman regu ialah "penanaman tiga beradik", yakni penanaman jagung dengan selingan penanaman kacang buncis dan labu manis atau labu biasa. Dalam sistem ini, kacang membekalkan nitrogen; jagung menyediakan sokongan untuk kacang dan "penghadang" kepada rama-rama pengorek labu manis; labu manis pula menyediakan kanopi yang menghalang pembiakan penumbuhan rumpai serta pencerobohan haiwan rakun yang ingin memakan jagung itu.[5]

Penanaman berganda pula merupakan perkara biasa yang melibatkan dua tanaman, biasanya daripada dua spesies yang berbeza, ditanam secara berurutan dalam musim penanaman yang sama, atau apabila satu tanaman (contohnya sayur-sayuran) ditanam secara berterusan berserta tanaman penutup tanah (contohnya gandum).[4] Hal ini memberi faedah kepada ladang kecil, yang selalunya tidak mampu meninggalkan tanaman penutup tanah untuk memulih zat dalam tanah pada jangka masa yang panjang, seperti yang boleh dilakukan pada ladang yang lebih besar.[7] Apabila tanaman berganda dilaksanakan di ladang kecil, sistem ini boleh memaksimumkan faedah penggiliran tanaman pada sumber tanah sedia ada.[7]

Pertanian organik

Penggiliran tanaman adalah amalan yang wajib di Amerika Syarikat, untuk ladang yang ingin mendapt pensijilan organik.[14] "Piawaian Amalan Penggiliran Tanaman" untuk Program Organik Kebangsaan di bawah Kod Peraturan Persekutuan Amerika Syarikat, seksyen ยง205.205, menyatakan bahawa:

Petani dikehendaki melaksanakan penggiliran tanaman yang mengekal atau membina jirim organik tanah, berfungsi untuk mengawal perosak, mengurus dan memulihara nutrien, serta melindungi tanah daripada hakisan. Pengeluar tanaman saka yang tidak digilir boleh menggunakan cara lain, seperti tanaman penutup tanah, untuk mengekalkan kesihatan tanah.[8]

Selain mengurangkan keperluan input (dengan mengawal haiwan perosak dan rumpai liar serta meningkatkan nutrien yang ada), penggiliran tanaman membantu penanam organik meningkatkan jumlah biodiversiti ladang mereka.[8] Biodiversiti juga merupakan keperluan untuk memohon pensijilan organik, walau bagaimanapun, tiada peraturan yang ditetapkan untuk mengawal selia atau menguatkuasa piawaian ini.[8] Peningkatan biodiversiti tanaman mempunyai kesan yang baik terhadap ekosistem sekeliling dan boleh menjadi tuan rumah kepelbagaian fauna, serangga,[8] dan mikroorganisma berfaedah yang lebih besar dalam tanah [8] seperti yang ditemui pada kumpulan kajian McDaniel tahun 2014 dan Lori tahun 2017.[15] Sesetengah kajian menunjukkan peningkatan ketersediaan nutrien hasil penggiliran tanaman di bawah sistem organik berbanding amalan konvensional kerana amalan organik kurang berkemungkinan menghalang pertumbuhan mikrob berfaedah pada jirim organik tanah.[16]

Walaupun tanaman berbilang dan tanaman selingan mendapat manfaat daripada banyak prinsip yang sama seperti penggiliran tanaman, mereka tidak memenuhi keperluan di bawah Program Organik Kebangsaan Amerika Syarkat.[8]

Rujukan

WikiPedia: Penggiliran tanaman https://web.archive.org/web/20190923164709/https:/... https://time.graphics/event/2281456 https://www.worldatlas.com/articles/what-is-crop-r... https://attra.ncat.org/attra-pub/summaries/summary... https://web.archive.org/web/20150513234501/http://... http://www.cefs.ncsu.edu/resources/organicproducti... https://www.ams.usda.gov/sites/default/files/media... https://web.archive.org/web/20151004172716/http://... https://www.rhs.org.uk/advice/profile?PID=373 https://attra.ncat.org/attra-pub/viewhtml.php?id=6...